Monday 5 March 2012

Peribahasa

Peribahasa : Alah bisa tegal biasa Alia dibesarkan oleh ibunya seorang diri sejak ayahnya meninggal dunia . Pada ketika itu , Alia hanya berusia tujuh tahun . Alia tidak dapat menerima hakikatnya yang ayahnya harus meninggalkannya begitu pantas sekali . Hidup Alia mejadi gelap kerana ayahnya adalah tempat untuk dia mengadu ketika dia sedih ataupun resah tentang sesuatu . Pada satu hari itu , ibunya telah mengenalkan seoang jejaka kepada Alia . Pada saat itu , Alia tidak sangka bahawa jejaka itu akan menjadi ayah angkatnya . Perangai Alia berubah sejak hari itu . Alia selalu menyatakan bahawa ibunya tidak sayang akan ayahnya lagi . Setiap hari , Alia akan menangis di dalam biliknya kerana merindukan ayahya . Ibu Alia cuba memujuknya dan memberitahu sebab akan pebuatannya itu . Beberapa bulan berlalu dan jejaka itu telah berkahwin dengan ibu Alia . Alia masih berkeras hati dan tidak mahu melayan ayah baharunya itu . Pelbagai cara ibu bapa Alia telah lakukan tetapi tidak berjaya . Alia semakin membesar dan dia mula membuka hatinya untuk menerima ayahnya di dalam keluarganya . Lama-kelamaan , hubungan antara ayah Alia dan dirinya semakin rapat . Alia tidak sangka bahawa ayahnya mempunyai hati yang mulia . Alia mula sedar akan mengapa ibunya berkahwin dengan ayahnya . Bak kata pepatah alah bisa tegal berbisa .

No comments:

Post a Comment