Sunday 29 January 2012

Renungan

Encik Kim , bekas askar Korea telah diselamatkan setelah hilang selama dua hari di Taman Negara Gunung Rainier , Washington . Beliau telah mengorek terowong salji untuk berlindung dan beliau juga telah membakar wangnya untuk kekal hangat . Beliau telah menggunakan pengalamannya dahulu untuk membantunya hidup semasa kejadian itu berlaku . Daripada artikel ini , saya telah mempelajari bahawa kita tidak seharusnya mudah berputus asa biarpun dari segi pelajaran mahupun masalah-masalah lain . Kita harus mempunyai semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran di dalam kehidupan. Hampir semua benda atau perkara di dunia ini boleh dibeli dengan duit . Begitu hebat peranan duit dalam kehidupan . Dengan duit , kita boleh membeli buku tetapi bukan ilmu . Dengan duit , kita boleh membeli darah tetapi bukan nyawa . Dengan duit , kita boleh membeli harta benda tetapi bukan kebahagiaan .